Sunday, September 12, 2010

AIDIL FITRI 2010, Geelong, Victoria, Australia.

Hari Raya pada tahun ini disambut tanpa keluarga terdekat. Pada pagi raya kami sekeluarga ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidil fitri yang bermula jam 8 pagi. Selesai solat sempat bergambar dan menikmati sedikit hidangan raya di luar masjid. Kami sekeluarga sempat bergambar di pintu hadapan masjid. Iman nampak begitu ceria, dia tak kisah pasal duit raya yang penting dia boleh main. Haqiem begitulah aksinya bila bergambar. Izzat nampat ceria tetapi kesian katanya duit raya sikit sangat.

Kaum- kaum ibudi dalam dewan bersebelahan masjid sedang menikmati hidangan kuih raya antarabangsa.

Beberapa rakan dari Malaysia dan Pakistan sempat bergambar di dalam masjid.

Lagi gambar selepas solat sunat aidil fitri.......

Diluar masjid, beramai-ramai bergembira sambil menikmati hidangan yang disediakan. Kali ni tak ramai yang seperti tahun lepas..sebab puak-puak turkish dah raya semalam, kalau tidak penuhlah masjid ni....


Para pelajar Malaysia di Deakin Universiti, Australia di majlis sambutana Aidil Fitri anjuran bersama persatuan melayu Geelong, Australia. Cukup meriah majlis ini yang bermula dari 2 ptg dan berakhir pada jam 5 ptg. Ianya dihiasi berbagai aktiviti yang menghiburkan dengan suasana ceria sambil menikmati hidangan melayu yang disediakan. Sekurang-kurangnya dapat mengubati kesedihan dan kerinduan di Hari Raya ini.


Dikesempatan ini Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat hari Raya, Maaf Zahir & Batin terutama kepada,
Mak dan Abah, adik-adik di Batu Gajah,
Mak, kakak-kakak dan abang-abang serta adik di Permatang Pauh,
Sahabat-sahabat handai, rakan dan taulan,
anak-anak didikku ( dari 1999 - 2010)
tak kira dimana anda berada.

anak-anak dan ibunya....

Monday, September 6, 2010

Iftar di Masjid Geelong

Sabtu 4hb September merupakan pengalaman pertama berbuka puasa (Iftar) di masjid Geelong. Iftar di masjid ni hanya dibuat pada hari sabtu sahaja, kebetulan hari ini adalah iftar terakhir di masjid, rasa rugi pulak rasanya kalau tak pergi.
Setiap keluarga hanya perlu bawa makanan secara 'pot luck' sahaja. Kawan-kawan kata kita bawa makanan kita, bila berbuka kita makanlah makanan mereka. Memang best makanan orang-orang ala arab dan pakistan ni, Nasi beriani berbagai jenis ada ayam, kambing dan macam-macam lagi.
Semua makanan kita letak aja di atas meja yang disediakan, apabila azan menandakan masuk waktu magrib, semua akan berbuka dengan beberapa biji kurma dan minuman. Lepas tu terus ke masjid (sebelah aje) solat magrib. Habis solat ada tazkirah sekejap ( lebih kurang 10 minit), tujuannya disamping berceramah memberi laluan kaum wanita menjamu hidangan berbuka.


Baklava sejenis pastri manis berasal dari turkish. Rasanya memang sedap. Kalau nak beli mahal. Rugi kalau tak cuba.











Selepas menjamu selera, solat terawih jangan lupa. Beginilah keadaan di dalam masjid Geelong, yang asalnya gereja. Imamnya orang Pakistan yang sudah menetapkan di sini semenjak kecil lagi.