Monday, November 22, 2010

JALAN-JALAN Ke AUSTRALIA

Kalau ada perancangan nak jalan-jalan ke Aussie di sini saya bagi sikit gambaran dan idea.Tiket mungkin kena beli sendiri seperti biasa. Setakat ini paling murah RM180/ AUD 56.00 return (tak termasuk tax). Tak sampai seribu pergi balik untuk tambang kalau kena pada masanya. Ke Aussie kena ada VISA. Visa boleh buat sendiri secara online. Ada yang free ada yang kena bayar. Biasanya kita ambil yang kena bayar AUD20.00 visa untuk setahun dan multiple entry. Kalau tka ada masalah dalam masa beberapa minit Visa kita diluluskan secara elektronik. Visa akan dilinkkan terus ke Passport kita.
Penginapan boleh menginap di Malaysia Hall Melbourne atau Malaysia Hall Sydney. 2 tempat aje kita ada. Kos penginapan bagi bukan student(visitor) AUD15.00 service bilik (sekali bayar per person) dan AUD12.00 per day per person (kalau student kos lain Post Graduate AUD6.00, undergradute AUD4 jika anak sekolah dapat harga 4 dolar)..lanjut sila rujuk Malaysia Hall Website. Di Malaysia Hall ada kafe dengan kos sarapan AUD5 dan Dinner AUD10...lunch beli sendiri atau makan maggie(bawa dari malaysia). Maknanya penginapan dan makan dah jimat disini. Kalau nak berjalan puas ke Australia saya cadangkan....Berlepas ke Melb---menginap di Malaysia Hall ( booking kena buat awal). Melawat tempat sewajarnya beberapa hari kemudian terbang ke Sydney.( Ada banyak Flight ke Sydney dengan kos paling murah AUD 30 dolar tanpa baggage sila semak website tiger airways) Kemudian menginap di Malaysia Hall Sydney beberapa hari dan melanconglah tempat sewajarnya (Opera House, Bluie Mountain dsbgnya). Peginapan di Malaysia Hall Sydney melalui proses yang sama seperti di Malaysia Hall Melb.( 15 + 12 x hari...pastikan bawa tuala sendiri)Akhir nya dari Sydney ambil Flight ke Gold Cost (Tiger airway /Jetstar sila booking online)...bersantai di pantai dan enjoy di theme park (kos banyak ler)...ambil Flight Air Asia balik ke Malaysia dari Gold Cost.
Kesimpulannya, KL- Melbourne (Air Asia) - Menginap Malaysia Hall, Melb-Sydney(Tiger Airways kos paling murah AUD30)- Menginap Malaysia HallSydney - Gold Cost (tiger airway/Jetstar kos paling murah AUD40/70) ( Apartment murah), Gold Cost - KL (Air Asia)atau KL-Mel --Sewa kereta ke sydney dan Goldcost (Tarago 7 seater) balik ke Melb dan kembali ke KL. Mel - Sydney Drive 12 jam, Syney GoldCost pun lebih kurang tu.Musim Salji bulan 7 & 8. Lesen Memandu pakai lesen malaysia buat translation di JPJ dengan kos RM10 Ringgit. Perjalanan seperti ni biasanya sesuai untuk kumpulan yang kecil ala backpackers. Saya dah jumpa ramai pengunjung dari Malaysia yang travel dalam 3~5 orang buat macam ni. Pakaian tak payah bawa banyak laundry aje...atau tak payah basuh...musim sejuk tak bau pun hehehe. Sekian ini sahaja Info yang saya dapat beri sebagai sumbangan yang kepada mereka yang suka jalan-jalan....WELCOME TO AUSTRALIA

Sunday, September 12, 2010

AIDIL FITRI 2010, Geelong, Victoria, Australia.

Hari Raya pada tahun ini disambut tanpa keluarga terdekat. Pada pagi raya kami sekeluarga ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidil fitri yang bermula jam 8 pagi. Selesai solat sempat bergambar dan menikmati sedikit hidangan raya di luar masjid. Kami sekeluarga sempat bergambar di pintu hadapan masjid. Iman nampak begitu ceria, dia tak kisah pasal duit raya yang penting dia boleh main. Haqiem begitulah aksinya bila bergambar. Izzat nampat ceria tetapi kesian katanya duit raya sikit sangat.

Kaum- kaum ibudi dalam dewan bersebelahan masjid sedang menikmati hidangan kuih raya antarabangsa.

Beberapa rakan dari Malaysia dan Pakistan sempat bergambar di dalam masjid.

Lagi gambar selepas solat sunat aidil fitri.......

Diluar masjid, beramai-ramai bergembira sambil menikmati hidangan yang disediakan. Kali ni tak ramai yang seperti tahun lepas..sebab puak-puak turkish dah raya semalam, kalau tidak penuhlah masjid ni....


Para pelajar Malaysia di Deakin Universiti, Australia di majlis sambutana Aidil Fitri anjuran bersama persatuan melayu Geelong, Australia. Cukup meriah majlis ini yang bermula dari 2 ptg dan berakhir pada jam 5 ptg. Ianya dihiasi berbagai aktiviti yang menghiburkan dengan suasana ceria sambil menikmati hidangan melayu yang disediakan. Sekurang-kurangnya dapat mengubati kesedihan dan kerinduan di Hari Raya ini.


Dikesempatan ini Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat hari Raya, Maaf Zahir & Batin terutama kepada,
Mak dan Abah, adik-adik di Batu Gajah,
Mak, kakak-kakak dan abang-abang serta adik di Permatang Pauh,
Sahabat-sahabat handai, rakan dan taulan,
anak-anak didikku ( dari 1999 - 2010)
tak kira dimana anda berada.

anak-anak dan ibunya....

Monday, September 6, 2010

Iftar di Masjid Geelong

Sabtu 4hb September merupakan pengalaman pertama berbuka puasa (Iftar) di masjid Geelong. Iftar di masjid ni hanya dibuat pada hari sabtu sahaja, kebetulan hari ini adalah iftar terakhir di masjid, rasa rugi pulak rasanya kalau tak pergi.
Setiap keluarga hanya perlu bawa makanan secara 'pot luck' sahaja. Kawan-kawan kata kita bawa makanan kita, bila berbuka kita makanlah makanan mereka. Memang best makanan orang-orang ala arab dan pakistan ni, Nasi beriani berbagai jenis ada ayam, kambing dan macam-macam lagi.
Semua makanan kita letak aja di atas meja yang disediakan, apabila azan menandakan masuk waktu magrib, semua akan berbuka dengan beberapa biji kurma dan minuman. Lepas tu terus ke masjid (sebelah aje) solat magrib. Habis solat ada tazkirah sekejap ( lebih kurang 10 minit), tujuannya disamping berceramah memberi laluan kaum wanita menjamu hidangan berbuka.


Baklava sejenis pastri manis berasal dari turkish. Rasanya memang sedap. Kalau nak beli mahal. Rugi kalau tak cuba.











Selepas menjamu selera, solat terawih jangan lupa. Beginilah keadaan di dalam masjid Geelong, yang asalnya gereja. Imamnya orang Pakistan yang sudah menetapkan di sini semenjak kecil lagi.

Thursday, August 19, 2010


Berbuka puasa di KFC. Anak-anak cukup gembira sekali dapat menikmati hidangan KFC di Sydney Road, Melbourne antara restoran KFC halal yang terdapat di Victoria.












Ayam original rasanya hampir sama tapi Hot and Spicey di Malaysia still the best. Inilah kotak Ayam KFC yang menjadi hidangan berbuka puasa sabtu lepas. Lepas makan jangan lupa buang sampah dan sisa dalam BIN yang disediakan, jangan pulak dibiarkan saja di atas meja.

Wednesday, August 11, 2010

RAMADAN di Perantauan

Hari ini hari permulaan puasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Ini kali pertama dalam hidup aku, berpuasa di perantauan bersama keluarga jauh dari Ibubapa dan kaum keluarga . Semalam sempat solat Terawih di satu-satunya Masjid yang terdapat di Geelong. Suasana solat yang sungguh berbeza, tidak semeriah dengan tempat kita. Ini pengalaman pertama berpuasa jauh beribu batu bersama berbagai bangsa Melayu ( Malaysia, singapura, Indonesia), Turkish, Pakistan, Egypt dan tak tahu bangsa apa lagi. Rindunya suasana Ramadan di Malaysia .............